Tetamu ditunjukkan diantara [].
Hanya tetamu berdaftar layak menghantar mesej










| Kami |
|
|
|
| Disediakan Oleh angah |
| Friday, 28 August 2009 20:46 |
|
angahOnline.com merupakan satu kumpulan yang anggotai oleh tiga orang yang begitu 'passionate' dalam fotografi. Kami bergerak secara 'freelance'. Dua orang jurugambar kami iaitu angah dan niezam adalah merupakan anggota dari sub-team Markas Kukubesi iaitu Rebel Radikal. Manakala seorang make-up artist iaitu aishah berpengalaman dalam bidang itu selama 10 tahun. Kini kami berkembang dengan bertambahnya seorang lagi jurugambar iaitu arman yang berpengalaman luas dalam bidang grafik design. Bulan Disember 2009 merupakan tarikh keramat bagi angahOnline.com kerana seorang lagi jurugambar yang sangat berpengalaman dalam 'lighting' studio dan CLS iaitu azrie telah menyertai Rebel Radikal. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah bezanya angahOnline.com dan Rebel Radikal? angahOnline.com merupakan himpunan jurugambar, make-up artist, designer, artist, model dan apa jua yang berkaitan dengan seni. Namun tidak semestinya semua yang dijemput menyertai angahOnline.com adalah . Rebel Radikal adalah satu team yang merupakan "Sekutu FotoRadikal KukuBesi" dimana mereka yang lebih extremist. Mereka yang sanggup untuk berbuat apa sahaja atas nama seni. Mereka yang sanggup bermain di batas garisan peraturan. Sanggup menerima cercaan dan cacian kerana berpegang kepada apa yang mereka percaya. Dan mereka yang akan bereksperimentasi sehingga dapat mencapai apa yang tidak tercapai oleh orang lain. Itulah Rebel Radikal. Layari gallery kami dan hayatilah seni. Disini juga terdapat Tutorial Fotografi dan Tutorial Fotografik untuk anda. Jika anda ingin bertanyakan sesuatu atau inginkan tutorial yang ingin anda pelajari, sila hantar di ruangan ShoutBox disebelah kiri skrin. Kami akau berusaha membantu anda. Jangan lupa tuliskan komen anda supaya kami dapat memperbaiki mutu perkhidmatan kami.
![]()
|
| Last Updated on Monday, 11 January 2010 19:12 |
Comments